Polisi Kerahsiaan

Solehah Exclusive menitikberatkan kerahsiaan pelanggan kami dan hanya akan, mengumpul, merekod, memegang, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi pelanggan seperti yang digariskan di bawah ini.

Perlindungan data adalah suatu amanah dan kerahsiaan anda adalah perkara penting bagi kami. Justeru, kami hanya akan menggunakan nama anda dan maklumat lain yang berkaitan dengan anda, dalam kaedah seperti yang digariskan dalam Polisi Kerahsiaan ini. Kami hanya akan mendapatkan maklumat apabila perlu untuk kami berbuat demikian dan sekiranya ianya relevan untuk urusan kami dengan anda. Kami hanya akan menyimpan maklumat anda selama yang diperlukan daripada segi undang-undang atau seperti yang relevan dengan tujuan pemerolehannya.

Solehah Exclusive tidak menjual, berkongsi atau memperdagangkan maklumat peribadi pelanggan yang diperoleh secara atas talian kepada pihak ketiga.

Maklumat peribadi yang kami peroleh adalah seperti berikut:

  • Nama
  • Alamat Emel
  • Tarikh Lahir (Pilihan)
  • Jantina (Pilihan)

Maklumat tambahan peribadi yang kami mungkin peroleh termasuk:

  • Nombor Telefon
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Alamat Surat Menyurat
  • Maklumat Kad Kredit (pilihan) dan kaedah pembayaran

Maklumat peribadi wajib yang kami perolehi daripada anda akan digunakan dan atau dikongsi dalam kumpulan korporat dan kepada pihak ketiga untuk tujuan berikut:

  • Untuk penghantaran produk yang telah dibeli oleh anda dada laman web kami.
  • Untuk memaklumkan dan mengemas kini status penghantaran produk.
  • Untuk memperoses pesanan dan menyediakan perkhidmatan dan maklumat yang ditawarkan melalui laman web kami.
  • Untuk pengesahan dan perlaksanaan transaksi kewangan berkaitan bayaran yang anda lakukan secara atas talian.

Pemerolehan Data Komputer 

Semasa anda melayari Laman Web Solehah Exclusive maklumat dan data yang lain akan kami terima adalah seperti berikut: - Alamat IP komputer anda - Jenis pelayar web (browser) - Laman Web yang telah anda kunjungi sebelum Laman Web kami - Halaman yang anda kunjungi dalam Laman Web Solehah Exclusive - Tempoh masa yang anda gunakan selama mengunjungi halaman tersebut, perkara dan maklumat yang anda cari di Laman Web kami, masa dan tarikh akses, dan statistik yang lain Maklumat ini dikumpul untuk dianalisis dan dinilai bagi membantu kami meningkatkan mutu Laman Web serta perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan. Data ini tidak akan digunakan bersama mana-mana maklumat peribadi yang lain. 

Pindaan pada Polisi Kerahsiaan

Solehah Exclusive berhak mengubahsuai dan meminda Polisi Kerahsiaan pada bila-bila masa. Sebarang pindaan pada polisi ini akan diterbitkan di Laman Web kami. Anda patut memeriksa Polisi ini setiap kali anda mengakses Laman Web kami agar anda dimaklumkan sepenuhnya oleh versi polisi terbaru yang terpakai