Terma & Syarat

Pengenalan

  • Selamat datang ke laman web SolehahExclusive. Terima kasih kerana memilih dan menggunakan perkhidmatan kami.
  • Apabila anda mengakses masuk ke SolehahExclusive, anda mengesahkan bahawa anda telah memahami Terma dan Syarat padanya. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat penggunaan, anda tidak sepatutnya menggunakan laman web ini. Pihak kami berhak meminda, mengubahsuai, menambah, atau menghapuskan bahagian-bahagian daripada Terma dan Syarat penggunaan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.
  • Kandungan yang terdapat dalam laman web ini hanya bertujuan untuk memberikan maklumat sahaja. Gambaran produk yang ditunjukkan dalam Laman Web merupakan gambaran daripada pembekal dan bukan daripada kami. Penyerahan atau pandangan yang dikemukakan dalam Laman Web merupakan terbitan individu dan kandungan berkenaan tidak mewakili pandangan kami.

Tarifan Pengguna

  1. “Pembeli” bermaksud individu yang menerima sebut harga daripada Solehah Exclusive untuk bekalan Barang atau yang sebaliknya terlibat dalam kontrak untuk bekalan Barang dengan Solehah Exclusive.
  2. “Syarat” bermaksud terma-terma dan syarat-syarat am yang digariskan dalam dokumen ini dan (kecuali diperlukan oleh konteks sebaliknya) mana-mana terma dan syarat khas yang dipersetujui secara bertulis antara Pembeli dan Solehah Exclusive.
  3. “Kontrak” bermaksud kontrak untuk pembelian dan penjualan Barang, melalui apa jua cara dibentuk dan diputuskan;
  4. “Barang” bermaksud barang (termasuk mana-mana pemasangan barang atau mana-mana bahagian daripadanya) yang perlu dibekalkan oleh Solehah Exclusive menurut Kontrak;
  5. “Bertulis” termasuk mel elektronik (emel), penghantaran faksimili dan mana-mana kaedah komunikasi yang serupa.

Kontrak

  • Bekalan Barang oleh Solehah Exclusive kepada Pembeli di bawah mana-mana Kontrak hendaklah tertakluk kepada Syarat ini yang akan menentukan pengecualian mana-mana terma dan syarat pada Kontrak yang terkandung atau dirujuk dalam mana-mana dokumentasi yang diserahkan oleh Pembeli atau yang berkenaan dengan atau di tempat lain atau yang tersirat di sebalik amalan lazim perdagangan atau corak urus niaga.
  • Sebarang maklumat yang boleh didapati di laman web Solehah Exclusive yang berkaitan dengan bekalan Barang, termasuk gambar, lukisan, data mengenai had penghantaran, penampilan, prestasi, ukuran, berat, penggunaan bahan operasi, kos operasi, adalah tidak terikat dan untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja. Semasa menyertai Kontrak, Pembeli bersetuju bahawa ia tidak bergantung kepada dan mengetepikan mana-mana tuntutan berdasarkan mana-mana gambaran atau maklumat berkenaan yang tidak disahkan.
  • Tiada variasi pada Syarat ini yang akan terikat kecuali jika dipersetujui secara bertulis antara wakil-wakil yang dibenarkan daripada pihak Pembeli dan Solehah Exclusive.
  • Mana-mana kesalahan tipografi, perkeranian atau kesalahan atau ketinggalan yang lain dalam mana-mana sebut harga, invois atau dokumen atau maklumat lain yang dikeluarkan oleh Solehah Exclusive melalui laman webnya hendaklah tertakluk kepada pembetulan tanpa apa-apa liabiliti pada pihak Solehah Exclusive.
  • Penerimaan pesanan dan pelaksanaan kontrak antara Pembeli dan Solehah Exclusive hanya akan disempurnakan sebaik sahaja Solehah Exclusive mengesahkan penghantaran Barang kepada Pembeli.
  • Harga Barang dan/atau Perkhidmatan adalah harga seperti yang tertera di laman web Solehah Exclusive pada masa Pembeli membuat pembelian tawarannya kepada Solehah Exclusive. Harga tersebut tidak termasuk kos pembungkusan dan caj penghantaran, mana-mana cukai barang dan perkhidmatan yang terguna pakai, cukai nilai tambah atau cukai serupa yang sepatutnya ditanggung oleh Pembeli untuk membayarnya kepada Solehah Exclusive sebagai tambahan kepada harga berkenaan.

Pembayaran

  • Pembeli adalah berhak untuk membuat bayaran Barang melalui pelbagai kaedah bayaran yang digariskan di laman web Solehah Exclusive. Terma dan syarat yang terguna pakai pada setiap kaedah bayaran, seperti pada kaedah-kaedah bayaran di bawah:

Perbankan Atas Talian

  • Dengan memilih kaedah pembayaran ini, Pembeli boleh memindahkan wang bayaran Barang kepada akaun Solehah Exclusive untuk jumlah keseluruhan pembelian yang dilakukan (termasuk mana-mana cukai yang terguna pakai, yuran dan kos penghantaran). Transaksi berkenaan hendaklah dibayar dalam Ringgit Malaysia. Solehah Exclusive, pada budi bicara mutlaknya, boleh menolak perkhidmatan pilihan pembayaran yang dilakukan oleh sesiapa atau mana-mana pengguna tanpa memberikan notis bagi apa- apa sebab pada bila-bila masa.
  • Buat masa ini, Solehah Exclusive menerima pemindahan wang atas talian daripada AmBank, Bank Islam, CIMB Bank, Hong Leong, Maybank, Public Bank, RHB